Monday, August 9, 2010

LAWATAN AMAL YB




9hb ogos2010/28 syaaban 1431H, Alor Semela. Hari ini sekali lagi YB Dr Ismail Salleh turun ke kampung Alor Semela bagi menziarahi keluarga Hj Hussin yang tidak bolih berjalan sejak beliau ditimpa kemalangan dua tahun yang lalu.Hj Hussin amat berbesar hati diatas kehadiran YB dan MKK yang perihatin tentang kebajikan orang kampong.

Friday, July 23, 2010

PARIT 20 TAHUN TIDAK DISENGGARAKAN










24jul2010/12 syaaban1431H. Taman Wira tidak akan berlaku banjir apabila hujan lebat,ujar salah seorang peniaga yang berniaga disitu,ekoran MBAS mengorek dan menyucikan parit besar yang sudah sekian lama tidak disenggarakan.
Salah seorang yang tidak mahu dikenali namanya(dalam gambar) memberitahu lebih 20 tahun parit diTaman Wira ini tidak disenggarakan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang perihatin terhadap rakyat.Dalam pada itu ada dikalangan pihak yang tidak bertanggong jawab sanggup membuang tayar-tayar kereta didalam parit,inilah salah satu punca berlakunya banjir kilat.

Saturday, July 10, 2010

HI TEA BERSAMA PEMIMPIN




Mentalon,9hb july 2010/26 rejab 1431H. Hampir 300 ahli dan penyokong PAS hadir kesatu majlis Hi Tea pada jam 5.00 petang dikediaman rasmi MB hari ini.Hadir sama dalam majlis tersebut ia lah Ustaz Zakaria Osman dari Kolej Universiti Insaniah yang menggantikan Ustaz Dato Ismail Kamus.Beberapa Orang Ahli Majlis MBAS dan Ketua ketua kampong turut kelihatan bagi menjayakan majlis tersebut. Exco Kerajaan Negeri YB Dr Ismail Salleh yang juga YDP PAS Kawasan Alor Setar dalam ucapannya berterima kasih kepada penderma dan pemberi sumbangan pada Dana Kebajikan Pas Alor Setar. 

Friday, July 9, 2010

GOTONG ROYONG RAKYAT










Taman Putra Jaya,Alor Setar.3hb july2010/20rejab1431H(sabtu) Pagi tadi YB Dr Ismail Salleh bersama sama dengan Ahli Majlis,MKK dan penduduk taman telah mengadakan satu gotong royong.Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa penduduk taman hendaklah memberi kerjasama kepada pihak E-Idaman dan MBAS agar kebersihan parit,rumput panjang dan sampah dapat disenggarakan dengan baik.Progaram sebegini hendaklah diteruskan dari masa kesemasa dibuat secara berperingkat.Pengerusi persatuan penduduk sdr En Yusof Ahmad dan timbalannya Pn Muhaini mengucapkan terimakasih kepada semua yang terlibat.

Thursday, June 24, 2010

GOTONG ROYONG WAKIL RAKYAT







26jun2010/11rejab1431H(Jumaat),Kg Tok Keling.Pembantu Peribadi kepada YB Dr Ismail Salleh(ADUN ALOR MENGKUDU) Ustaz Aziz hari ini bersama sama dengan MKK dan penduduk kampong mengadakan gotong royong bagi menggantikan atap rumah yang telah usang dan bocor.Rumah keluarga miskin Rosnah bt Izham bersama dengan empat orang anaknya telah mendudukinya selama 11 tahun lamanya,kini dapat dibaiki.Gotong royong pagi ini diketuai oleh sdr Ismail Ahmad yang menggantikan lebih dari 20 keping atap zinc yang diperolehi melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Alor Mengkudu.Ketika dihubungi YB Dr Ismail sedang berada diKELANTAN kerana tugas rasmi.

Monday, June 21, 2010

EXCO BERSAMA AHLI MAJLIS


20.6.2010(Ahad)/7rejab1431H.Dasar kerajaan negeri dan aktiviti semasa serta pembangunan yang sedang berjalan perlu didedahkan kepada masyarakat atau rakyat negeri Kedah.Exco penerangan Negeri ustaz Ghani ketika menyampaikan ucapan aluan semasa pertemuan tersebut dengan Ahli Majlis baru baru ini.Beliau menegaskan bahawa setiap Ahli Majlis perlu berperanan sebagai penyampai maklumat,mereka perlu menggunakan berbagai kaedah melalui PBT masing masing.

Tuesday, June 15, 2010

LAGI SERAH BORANG AHLI DPPP DITAMAN WIRA



Selasa 15june 2010. Sebanyak 45 lagi borang ahli Dewan Perhimpunan Penyokong PAS(DPPP)diserahkan kepada ADUN angkat YB Dr Ismail Salleh diTaman Wira Mergong Alor Setar.Dalam satu sesi majlis pertemuan pagi tadi.Temubual bersama mereka menyatakan, mereka bersedia bekerjasama dan memberi sokongan penuh kepada PAS bila bila masa.

EXCO BERSAMA MANGSA RIBUT




15june2010,Hari ini EXCO Kerajaan Negeri Dr Ismail Salleh sempat berjumpa dengan pendudok mangsa ribut yang melanda Taman Wira Blok C pada jumaat lalu.Tidak ketinggalan wakil dari Anak Syarkat Yayasan Islam Negeri Kedah YHSB juga turut menyampaikan sedikit sumbangan kepada YB untuk mangsa terlibat.Dr Ismail menyatakan bantuan yang diterima untuk membaiki rumah mereka adalah hasil kerja dari MKK dan kerajaan negeri,bukannya dari pehak tertentu sebagaimana yang disiarkan olih media.

Monday, June 14, 2010

Jangan selesa dengan kemenangan


Budaya selesa apabila mendapat kemenangan merupakan ancaman terhadap PAS di Kedah. Sebab itu ahli-ahli PAS kena berhati-hati kerana cabaran yang datang terlalu banyak.
Demikian ingatan yang diberikan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sewaktu berucap dalam program ceramah yang diadakan di SRIBAH, Jalan Datuk Kumbar.
Cabaran datang dalam pelbagai bentuk, misalnya di peringkat awal pegawai-pegawai kerajaan masih takut untuk bersama kerajaan pilihan rakyat di peringkat negeri. Mereka mungkin takut PAS akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang dan Umno kembali berkuasa.
“Umno boleh diibaratkan seperti anjing dalam mengganggu kita. Jika kita lari dia lagi akan kejar,” katanya.
Semua gangguan ini akan lebih reda jika kita menang menawan Putrajaya seperti mana Rasulullah SAW dahulu berjaya menawan Kota Mekah.
Turut berucap dalam majlis ceramah ini ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB. Dr Ismail Salleh dan Ketua Pemuda PAS Negeri Ustaz Ahmad Yahya.

Saturday, June 12, 2010

AHLI MAJLIS SELESAI MASAALAH PENIAGA


13june2010.Stadium Darul Aman.Pengerusi Persatuan Peniaga Melayu hari ini mengucapkan terima kasih kepada Ahli Majlis MBAS kerana dapat menyelesaikan masaalah peniaga semasa program Sua Rasa lagi dan Kanival Bank Rakyat yang bermula 11june2010 lalu.Pengerusi Persatuan En Khalid ketika ditemui menyatakan rasa puas hati kerana dapat bekerjasama dengan Ahli Majlis dan pehak MBAS.Pada hari tersebut peniaga peniaga yang terlibat dibekalkan satu plastik sampah demi menjaga kebersihan Bandaraya

Friday, June 11, 2010

RUMAH KENA RIBUT DITAMAN WIRA MERGONG














11JUNE2010,Ribut angin kencang telah melanda Taman Wira Mergong Alor Setar kira kira jam 1.00 tengah hari waktu umat islam hendak pergi kemasjid bagi menunaikan solat jumaat.Sebanyak 20 buah rumah terkena akibat ribut yang melanda,kebanyakan rumah didapati bumbongnya tertanggal dan berterbangan.Atas tindakan cepat ketua ketua kampong dan PA Dr Ismail(sdr Khor Eng Hin)rumah rumah tersebut dapat dibaiki segera.Bantuan diperolehi dari kerajaan negeri melalui bahagian perumahan dipejabat wisma.Sebuah kemah sementara didirikan bagi tujuan menerima sebarang masaalah atau aduan daripada penduduk penduduk yang terlibat.Beberapa orang Ahli Majlis dan ADUN serta Penghulu juga kelihatan berada ditempat kejadian untuk mendengar sebarang masaalah yang dihadapi.Salah seorang pendudok terlibat Cheng Kok Heng amat terharu dan mengucapkan banyak terima kasih kepada ketua kampong dan kerajaan.

Thursday, June 10, 2010

wakil pas kawasan ziarah keluarga meninggal








11 june 2010. Kampong Seberang Terus Alor Setar. Ustaz Ali Sibramullisi selaku AJK Pas Kawasan Alor Setar mewakili YDP PAS KAWASAN Dr Ismail Salleh(ADUN Alor Menggkudu kini berada diMuktamar PAS)sempat ziarah jenazah Puan Tom bt Abdullah yang meninggal dunia akibat sakit tua.Jenazah beliau disembahyangkan disalah sebuah surau disitu.Ustaz Ali bersama sama ketua kampong dan pendudok dapat menyempurnakan solat jenazah berjamaah.Arwah Pn Tom ialah seorang ibu tunggal dan tinggal bersama dengan adik ipar selama ini.Jenazah selamat dikebumikan pada jam 11.30pagi.

Nik Aziz kepada Pas: Jangan Khianat Kepercayaan Masyarakat Islam & Bukan Islam





Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru Parti Islam Se-Malaysia untuk merapatkan barisan bersama komponen Pakatan Rakyat dan jangan sesekali menghampiri Umno-Barisan Nasional.

Selamat Bermuktamar - YDP




Selamat bermuktamar diucapkan kepada semua perwakilan Pas Kawasan Alor Setar.

Kutiplah segala ilmu dan perangsang semasa bersidangnya muktamar kali ke 56 ini.Ambil dan bawa balik segala pengalaman yang diperolehi sepanjang muktamar ini untuk seterusnya disebarkan dan dipraktikan sepanjang satu tahun yang akan datang diperingkat kawasan.

Wednesday, June 9, 2010

Analisa Kem Bina Insan


Kem Bina Insan (KBI) adalak sebuah kem remaja yang dianjurkan oleh potfolio Pembangunan Insan Kerajaan Negeri dan dipengerusikan oleh Yb Dr Ismail Salleh.

Kem yang berlansung selama 4 hari 3 malam itu,iaitu dari 5-8 June telah melibatkan 756 peserta yang berumur dari 13-15 tahun diadakan di 3 daerah,Kota Setar,Pokok Sena dan Merbok.

Monday, June 7, 2010

JUDI SATU MALAYSIA







Haramnya judi telah diketahui umum,samada orang Islam maupun orang bukan Islam.

Malah orang-orang Cina dan India juga menolak judi.

Sunday, June 6, 2010

Yb Dr Ismail turun padang




Alor Mengkudu,6 Jun - Hujan lebat yang turun mencurah-curah kelmarin dan semalam telah menyebabkab banjir kilat di beberapa tempat di Alor Mengkudu.

Sudah tentu dua taman yang terlibat dengan banjir itu ialah Tman Bee bee Park dan Taman Saga Fasa 2.