Friday, July 23, 2010

PARIT 20 TAHUN TIDAK DISENGGARAKAN










24jul2010/12 syaaban1431H. Taman Wira tidak akan berlaku banjir apabila hujan lebat,ujar salah seorang peniaga yang berniaga disitu,ekoran MBAS mengorek dan menyucikan parit besar yang sudah sekian lama tidak disenggarakan.
Salah seorang yang tidak mahu dikenali namanya(dalam gambar) memberitahu lebih 20 tahun parit diTaman Wira ini tidak disenggarakan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang perihatin terhadap rakyat.Dalam pada itu ada dikalangan pihak yang tidak bertanggong jawab sanggup membuang tayar-tayar kereta didalam parit,inilah salah satu punca berlakunya banjir kilat.

Saturday, July 10, 2010

HI TEA BERSAMA PEMIMPIN




Mentalon,9hb july 2010/26 rejab 1431H. Hampir 300 ahli dan penyokong PAS hadir kesatu majlis Hi Tea pada jam 5.00 petang dikediaman rasmi MB hari ini.Hadir sama dalam majlis tersebut ia lah Ustaz Zakaria Osman dari Kolej Universiti Insaniah yang menggantikan Ustaz Dato Ismail Kamus.Beberapa Orang Ahli Majlis MBAS dan Ketua ketua kampong turut kelihatan bagi menjayakan majlis tersebut. Exco Kerajaan Negeri YB Dr Ismail Salleh yang juga YDP PAS Kawasan Alor Setar dalam ucapannya berterima kasih kepada penderma dan pemberi sumbangan pada Dana Kebajikan Pas Alor Setar. 

Friday, July 9, 2010

GOTONG ROYONG RAKYAT










Taman Putra Jaya,Alor Setar.3hb july2010/20rejab1431H(sabtu) Pagi tadi YB Dr Ismail Salleh bersama sama dengan Ahli Majlis,MKK dan penduduk taman telah mengadakan satu gotong royong.Dalam ucapan beliau menyatakan bahawa penduduk taman hendaklah memberi kerjasama kepada pihak E-Idaman dan MBAS agar kebersihan parit,rumput panjang dan sampah dapat disenggarakan dengan baik.Progaram sebegini hendaklah diteruskan dari masa kesemasa dibuat secara berperingkat.Pengerusi persatuan penduduk sdr En Yusof Ahmad dan timbalannya Pn Muhaini mengucapkan terimakasih kepada semua yang terlibat.